IKAN siakap atau dikenali sebagai ikan Kakap Putih ini memang sedap dan digemari ramai.
Macam-macam yang kita boleh masak dengan ikan siakap ni seperti asam pedas, kari, bakar, goreng bercili, stim dan sebagainya.
Jom korang cuba sendiri di rumah, jimat kos!
Bahan-bahan;
- Ikan siakap
- 6 biji cili merah
- 6 biji cili hijau
- Halia secukupnya
- Limau kasturi
- Buah salak
- 1 sudu sos ikan (jangan banyak, sos ikan selalu masin)
- 1 sudu madu
- 1 sudu minyak bijan
- Perasa
Artikel berkaitan: Wajib cuba resipi Char Kuey Teow ni… menawan dan padu rasanya
Cara membuatnya;
1. Kisar kasar cili merah, cili hijau dan halia berasingan.
2. Lumurkan/gaulkan. Ikan dengan sos ikan, madu, minyak bijan, perasa dan perahan jus limau kasturi.
3. Letakkan ikan bersama perapan ke dalam bekas kukus ikan.
4. Letakkan cili merah, cili hijau, halia yang telah dicincang atau kisar kasar secara selang seli.
5. Hiaskan dengan buah salak dan limau kasturi.
6. Kukus ikan selama 15 minit.
7. Hidangkan apabila siap dimasak.
Ayuh, jangan tunggu lagi! Selamat mencuba.