Wajib cuba resipi Char Kuey Teow ni... menawan dan padu rasanya
JIKA gemar masakan panas, jangan lupa untuk mencuba resipi Char Kuey Teow ini.
Dengan hanya menggunakan bahan yang simple, tapi rasanya sangat sedap!
Korang mesti puas hati jika ikut resipi yang dikongsi oleh SuiSan Aliezsha ini.
Katanya, jika ada cili jeruk lagi 'mabeles'... lagi satu, cara masaknya pun setiap pinggan berasingannya... sama macam kedai.
Jom cuba!
Bahan-bahannya:
- Kuey teow (cuci toskan)
- Cili kering & bawang besar (dikisar)
- Bahan-bahan tumis - cili sos, kicap manis, kicap pekat, sos tiram
- Bawang putih (diketuk)
- Taugeh & daun kucai
- Telur
- Udang direbus (asingkn air)
- Kerang (direbus)
Artikel berkaitan: Ini rupanya rahsia sos lada hitam lemak berkrim
Cara-caranya:
1. Panaskan kuali masukkan minyak (minyak lebih sikit supaya masukkan telur nanti kuey teow jadi elok, minyak & kuey teow ni friend forever).
2. Tumis bawang putih, masukkan udang, 3 sudu cili kering dikisar, 1 sudu besar sos cili, sos tiram, kicap pekat dan 5 sudu kicap manis serta sedikit garam. Kacau sebati.
3. Masukkan air rebusan udang, pecahkan telur dan kacau-kacau sebatikan.
4. Masukkan kerang, kuey teow, tauge dan daun kucai.
*Pastikan guna api besar ya.
Siap! Selamat mencuba semoga bermanfaat.
Kredit: SuiSan aliezsha
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang