KITA kini melalui kehidupan normal baharu menentang gelombang ketiga kes Covid-19.
Di mana sahaja kita perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan untuk melawan pandemik itu.
Rasa tertekan dan rimas pastinya dirasai namun sedarkah yang secara tidak langsung kita melalui fasa peningkatan konsep kendiri ke arah yang lebih baik.
Seperti perkongsian seorang pengguna Twitter yang menceritakan dia dipanggil Kementerian Kesihatan (KKM) untuk melakukan swab test.
Katanya, dia mendapat panggilan daripada KKM pada 1 Oktober lalu dengan mengatakan bahawa dia duduk di sebelah sebuah kes positif di dalam pesawat ketika dalam perjalanan pulang dari Sabah pada 27 September yang lalu.
Dia dikehendaki menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari dan melakukan tiga kali swab test.
Artikel berkaitan: Covid-19: Patuhi SOP, ‘vaksin’ terbaik perangi wabak
Menurutnya, dia bersyukur keputusan ketiga-tiga swab test itu menunjukkan negatif.
SinarPlus cuba untuk mendapatkan kenyataan daripada tuan punya badan sendiri namun oleh kerana gambar tersebut tidak bernama, kami siarkan bagi dijadikan panduan berguna kepada kita semua.
Dengan harapan, sentiasalah kita menjaga kebersihan diri dan amalkan SOP untuk diri sendiri.
Sama-samalah kita memutuskan rangkaian pandemik Covid-19.
Sumber: Twitter.