KETIKA wabak COVID-19 semakin berterusan menghimpit kita, para petugas barisan hadapan nampaknya turut terkesan. Masakan tidak, mereka perlu bekerja keras untuk merawat dan menyelamatkan mangsa.
Petugas barisan hadapan bukan hanya doktor dan jururawat sebenarnya, malah merangkumi pengurus makmal hinggalah kepada tukang kemas.
Jangan sesekali fikir mereka-mereka ini individu yang tidak penting kerana kerjaya mereka lebih terdedah dengan virus.
Justeru, bagi menghargai jasa-jasa mereka, Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC) melancarkan kempen A Hundred Unsung Heroes untuk menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan atas dedikasi dan keazaman mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif MHTC, Sherene Azli berkata, kempen tersebut antara lain mendokumentasikan perjalanan 100 petugas barisan hadapan yang berjiwa kental.
"Ia juga merupakan salah satu inisiatif yang dirangka oleh Malaysia Healthcare untuk mengetengahkan perjuangan Malaysia di persada global dalam usaha untuk menewaskan COVID-19 serta meningkatkan kepercayaan dan keyakinan terhadap infrastruktur kesihatan negara kita.
Berikut individu-individu yang diangkat di bawah projek A Hundred Unsung Heroes. Jom baca kisah perjuangan 9 individu. Memang menyentuh perasaan! So inspirational!
Abdul Razak
Pengurus Makmal, Pantai Premier Pathology
Rajeshri Kannan
Pengajar Klinikal, Pantai Hospital Kuala Lumpur
Nabilal Zakaria
Jururaudiografi Diagnostik, Pantai Hospital Kuala Lumpur
Dr Nurul Yaqeen
Pakar Perunding Respiratori, Sunway Medical Centre
Ravidas Supramaniam
Pengurus Perkemasan, Sunway Medical Centre
Sister Tan Sock Ling
Pengurus Jururawat, Sunway Medical Centre
Lim Shih Chang
Pengurus Makmal, Pantai Premier Pathology, Cawangan Gleneagles Kuala Lumpur
Noor Azreen
Jururawat Kawalan Jangkitan, Gleneagles Kuala Lumpur
Puspalladah Suppiah
Pengurus Perkemasan, Gleneagles Kuala Lumpur
SinarPlus ucapkan jutaan terima kasih kepada semua hero-hero di atas. Semoga Tuhan membalas jasa baik kalian. Sebagai menghargai pengorbanan tidak ternilai barisan frontliners, kita semua harus patuh kepada SOP yang sering diuar-uarkan. Kita masih belum menang. #kitajagakita
(Baca juga: Hebat, hospital-hospital di Malaysia diiktiraf di peringkat antarabangsa)