NIAT ingin memiliki badan yang langsing akhirnya bertukar tragedi.
Lebih memilukan, gadis berkenaan sanggup melakukan rawatan itu sempena majlis perkahwinan yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Portal tempatan melaporkan, menurut Ketua Polis Kuala Lumpur iaitu Datuk Saiful Azly, kejadian cemas itu berlaku semasa mangsa menerima suntikan pada bahagian tangan.
Katanya, namun lain pula yang jadinya apabila mangsa secara tiba-tiba mengalami sesak nafas. Bukan itu sahaja, muka dan badan mangsa menjadi pucat sebelum dia jatuh pengsan.
Artikel berkaitan: Plaza Sungei Wang dan ‘rakan-rakan’ mall pamer semangat ‘brotherhood’ curi tumpuan
Susulan itu, polis menahan dua beranak berkenaan yang masing-masing berusia 49 dan 23 tahun bagi membantu siasatan.
Kedua-dua suspek kini direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 21 Oktober ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat.
Siasatan awal mendapati pusat kecantikan itu berdaftar secara sah, namun tidak mempunyai kepakaran untuk melakukan proses sedut lemak.
Sementara itu, pihak polis masih menunggu keputusan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian tersebut.