ITU baru betul semangat ‘brotherhood’! Akibat penularan dan kes positif Covid-19 dilaporkan semakin meningkat dari sehari ke sehari, banyak pusat membeli belah turut dilaporkan terkesan dan terpaksa ditutup buat sementara waktu bagi menjalani tempoh proses sanitasi.

Namun, yang menarik perhatian warganet adalah perkongsian posting salah satu pusat membeli belah terkenal yang terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur iaitu Plaza Sungei Wang di laman Facebooknya.

Laman Facebook rasmi Plaza Sungei Wang itu dilihat memuat naik satu posting seakan-akan memberi kata-kata semangat kepada ‘rakan-rakan’ mall di seluruh Malaysia terutama di kawasan bandar Kuala Lumpur dan sekitar Selangor yang kini sedang menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Namun, apa yang menarik perhatian orang ramai adalah apabila ‘rakan-rakan’ Mall yang lain turut membalas komen posting tersebut.

Dah macam posting sembang dan komen dengan kawan-kawan je!

Plaza Sungei Wang dan ‘rakan-rakan’ mall pamer semangat ‘brotherhood’ curi tumpuan warganet

Iklan

Ada yang bertanyakan khabar, ada yang turut memberikan kata-kata semangat supaya sama-sama kuat mengharungi ujian dan cabaran yang sedang mereka hadapi dan pelbagai reaksi lain.

Mereka seolah-olah dilihat akur dengan keadaan yang terpaksa dihadapi dan berharap keadaan ini tidak terus berlanjutan supaya mereka boleh kembali beroperasi seperti sedia kala.

Iklan

Semangat ‘brotherhood’ macam ini yang kita mahukan! Syabas!