BAGI memperkasa Program Pengurangan Risiko Daerah Covid-19 (DRPP) dalam komuniti, Kementerian Kesihatan (KKM) memperkenalkan konsep Cegah dan Didik, Amal, Patuh dan
Pantau (CAPP).
Dengan itu, KKM turut melancarkan video ringkas menggunakan animasi kartun kanak-kanak terkenal, Boboiboy bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Menerusi video tersebut, Dr Noor Hisham memberi pesanan kepada semua supaya mengamalkan CAPP dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 ini.
Artikel berkaitan: Tag bebas cukai KLIA disangka gelang ‘pink’ Covid-19 cetus cemas orang ramai
Kita perlu bersama-sama dalam usaha memutuskan rangkaian pandemik ini dengan sentiasa mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan.
Ingat, kes semakin meningkat di negara kita, ramai semakin takut dan bimbang apabila berada dalam fasa gelombang ketiga sekarang ini. Semoga ALLAH melindungi kita semua.