Tag bebas cukai KLIA disangka gelang ‘pink’ Covid-19 cetus cemas orang ramai

Tag bebas cukai KLIA disangka gelang ‘pink’ Covid-19 cetus cemas orang ramai
Tag bebas cukai KLIA disangka gelang ‘pink’ Covid-19 cetus cemas orang ramai
A
A
A

GELANG kuarantin dipakaikan kepada individu di bawah pengawasan seperti kontak rapat kes positif, pengembara baru pulang dari luar negara atau individu berada dalam Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) Secara Pentadbiran.

Individu yang dipakaikan gelang kuarantin ini tidak boleh keluar rumah sehingga tempoh kuarantin tamat. Gelang kuarantin itu hanya boleh dipotong oleh pihak PKD selepas tempoh kuarantin tamat.

Namun semalam, seorang lelaki yang gambarnya tular dalam media sosial kerana menaiki motosikal dengan memakai ‘kononnya’ gelang berwarna merah jambu berada sekitar Shah Alam, bukanlah individu yang dikenakan perintah pengawasan Covid-19.

Memetik laporan portal media tempatan, hasil siasatan, Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata, lelaki tempatan berusia 35 tahun itu memakai gelang yang merupakan tag keluar masuk kompleks bebas cukai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Semakan mendapati nombor pendaftaran motosikal itu didaftarkan atas nama seorang wanita tempatan berumur 32 tahun, beralamat di Pelabuhan Klang.

“Pasukan polis IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Klang Selatan telah mengesan dan menemu bual pemilik motosikal tersebut. Beliau menyatakan bahawa motosikal tersebut digunakan oleh abangnya yang bekerja sebagai pemandu lori (pada ketika itu),” katanya.

Shamsul Amar berkata, hasil siasatan lanjut mendapati lelaki itu mengaku gambar yang tular itu adalah dirinya dan ia diambil sewaktu beliau pulang dari tempat kerja di Seksyen 15, Shah Alam sekitar 10 pagi tadi selepas selesai urusan penghantaran barang di kompleks bebas cukai KLIA.

“Sekiranya ada individu dengan gelang kuarantin berada di kawasan umum, ia perlu dilaporkan kepada polis bagi melindungi masyarakat daripada risiko jangkitan Covid-19," katanya.

Dalam pada itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  turut mengucapkan terima kasih dengan keprihatinan masyarakat melaporkan kepada pihak berkuasa apabila menyedari kehadiran individu dengan gelang kuarantin di tempat umum.

Individu yang ingkar arahan boleh mendatangkan bahaya kepada masyarakat. Kepatuhan individu yang dipakaikan gelang kuarantin untuk kekal berada di rumah sangat dihargai kementerian.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca