TERNYATA pantun 'Dari Kita Untuk Mereka' yang dibaca oleh dua beradik yang dikenali KuMika KuFaizul dan kakaknya KuHana Bahiran telah mencuri tumpuan ramai.
Bukan itu sahaja, video tersebut turut mendapat perhatian Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Pantun yang dibaca oleh dua beradik itu berkisahkan tentang situasi politik negara ketika ini yang mana seakan tidak mengendahkan keresahan rakyat bertarung memutuskan rangkaian Covid-19 yang sedang mengganas kembali.
Selain itu, video berkenaan turut diulang kicau oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan berkapsyen 'adik Mika dan adik Hana pun ada buku Kurik Kundi Merah Saga ya? Boleh kalah
DBP nampaknya kalau berlawan pantun'.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Kisah abang ini buat warganet tersentuh, bukan calang-calang kerja ni
Rata-rata warganet yang memahami pantun tersebut bersetuju dengannya dan ada yang mengatakan anak kecil lebih memahami bahaya Covid-19 ini berbanding orang dewasa.