Gula-gula, coklat bukan penyebab kanak-kanak jadi hiperaktif

Iklan

PERLU diketahui bahawa ‘idea’ kanak-kanak akan menjadi hiperaktif selepas memakan benda manis seperti gula-gula dan coklat timbul berdasarkan pemerhatian ibu bapa dan ia tidak disahkan oleh mana-mana teori sains.

Kata Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang, ia berkemungkinan besar kerana kebanyakan makanan yang disediakan di majlis hari jadi seseorang adalah makanan manis dan anak-anak kelihatan terlebih aktif.

Iklan
Iklan

Artikel berkaitan: Setiap pagi bagi anak makanan manis, kuman hampir serang otak

"Ibu bapa kena tahu, itu bukan disebabkan oleh gula tetapi ia disebabkan oleh keterujaan anak-anak anda,” katanya.

Iklan

Pada masa sama, Dr Samhan menegaskan gula tidak boleh dipersalahkan dalam semua situasi. Ia adalah MITOS!

"Mana-mana gula yang diambil oleh kanak-kanak akan digunakan oleh sel-sel badan sebagai sumber tenaga.

Iklan

Menurut Ketua Jabatan Perlakuan dan Perkembangan Kanak-Kanak di Pusat Sains Kesihatan Universiti Oklahoma, Dr Mark Wolraich, gula sama sekali tidak mempengaruhi corak tingkah laku kanak-kanak.

"Jadi, jika anda ingin mengawal pengambilan gula anak-anak anda, pastikan anda lakukannya dengan tujuan yang betul. Jika tidak, anda akan kecewa dengan hasilnya,” pesan Dr Samhan.