Setiap pagi bagi anak makanan manis, kuman hampir serang otak

No Image Caption
A
A
A

BARU-BARU ini tular perkongsian seorang doktor pergigian, Dr Azila menerusi Facebooknya berkaitan seorang kanak-kanak yang terlalu kerap makan makanan manis sehinggakan mengganggu tahap kesihatannya.

Kanak-kanak tersebut berhadapan situasi sukar apabila mukanya membengkak dan lebih parah apabila terdapatnya kuman yang hampir merebak hingga ke otak.

Oleh kerana tabiat suka makan makanan manis, nyawa kanak-kanak itu hampir berada dalam keadaan bahaya.

Lumrah seorang kanak-kanak pastinya suka makan makanan manis seperti gula-gula atau coklat.

Namun, tanpa pemantauan ibu bapa keadaan berkenaan boleh memudaratkan.

Doktor Azila berkongsi kisah salah seorang pesakitnya itu untuk memberi kesedaran kepada semua ibu bapa.

“Setelah masuk ke dalam bilik surgeri, begini ceritanya. Ibu bapa muda itu memberitahu anaknya sakit gigi di sebelah kanan atas sejak tiga hari lalu," katanya.

Berikut kronologi pemeriksaan kanak-kanak itu:

Hari pertama: Mula-mula mereka membawa ke Klinik Gigi A. Setelah doktor tersebut memeriksa katanya ada gigi geraham susu yang berlubang besar.

Lubang sudah mengenai saraf, maka perlu buat rawatan saraf tetapi doktor tersebut tidak membuat rawatan saraf (pulpotomi) pada kanak-kanak.

Doktor Klinik Gigi A memberi ubat tahan sakit dan antibiotik Syrup Amoxycillin 3 mililiter (ml) tiga kali sehari dan Syrup Paracetamol 3ml tiga kali sehari.

Hari kedua: Pada hari tersebut ibu bapa membawa anak ke Klinik Gigi B. Mereka mencari klinik gigi yang membuat rawatan saraf kanak-kanak iaitu pulpotomi.

“Tidak pasti kenapa doktor tersebut tidak buat rawatan pulpotomi terus kerana beliau memberi temu janji untuk rawatan pulpotomi. Berkemungkinan temu janji doktor tersebut penuh,” tulisnya.

Doktor Klinik Gigi B memberi pula ubat tambahan Syrup Metronidazole 8ml tiga kali sehari.

Artikel berkaitan: Penting tukar berus gigi setiap 3 atau 4 bulan

Selepas pulang dari klinik, muka kanak-kanak tersebut mulai bengkak. Pipi bawahnya bengkak sehingga tertarik kelopak mata kanan bawah. Sampaikan tertutup mata kanan pesakit! Keadaan itu didiagnosis sebagai ‘facial cellulitis’.

Jadi mungkin anda tertanya-tanya, kenapa sakit gigi boleh buat muka bengkak sebegitu rupa?

Ia kerana berlaku jangkitan pada tisu muka, selulit muka menyebabkan muka menjadi bengkak.

“Antara puncanya, sering memberi makanan manis setiap pagi,” kongsi Dr Azila.

Jadi, buat ibu bapa, awasi pemakanan anak-anak korang. Jangan leka, banyak padah akan menimpa.

Kredit: Penang Press

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca