Covid-19: Dua faktor utama penyakit itu tersebar dengan sangat cepat, ini yang perlu diketahui

Iklan

UMUM mengetahui bahawa penyakit Covid-19 ini memang boleh berjangkit daripada seorang ke seorang yang lain.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pensyarah Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin, Dr Safiya Amaran berkata, ada banyak faktor yang mempengaruhi kebolehjangkitan setiap pesakit Covid-19.

Iklan
Iklan

[caption id="attachment_25255" width="1024"] DR Safiya Amaran.[/caption]

"Antaranya adalah kandungan virus (viral load) yang ada di dalam badan seseorang pesakit.

Iklan

"Kandungan virus di dalam badan setiap pesakit Covid-19 adalah tidak sama dan ia dipengaruhi oleh banyak perkara,” tuturnya.

Mengulas lanjut mengenainya, kajian para saintis di England bertajuk ‘Duration of infectiousness and correlation with RT-PCR cycle threshold values in cases of Covid-19, England’ pada Januari hingga Mei 2020 menunjukkan jika kandungan virus yang ada di dalam badan seseorang pesakit adalah tinggi, maka kebolehjangkitan juga tinggi dan Covid-19 akan sangat cepat merebak kepada kontak rapat.

Iklan

Kandungan virus di dalam badan ini boleh kita ketahui daripada CT (nilai cycle threshold didapati semasa ujian RT-PCR). CT yang lebih rendah menunjukkan viral load yang lebih tinggi.

Artikel berkaitan: Pakai pelitup muka bukan lagi perkara pelik, dah jadi kebiasaan. Ini perkara baru yang perlu ambil tahu

Kajian bertajuk ‘SARS-CoV-2 detection, viral load and infectivity over the course of an infection’ oleh Walsh et al., menunjukkan nilai CT ≥34 pada E gene mempunyai nilai kebolehjangkitan yang sangat rendah.

Selain itu, faktor mutasi pada gene koronavirus itu sendiri juga mempengaruhi kadar kebolehjangkitan.

"SARS-CoV-2 dengan mutasi D614G ternyata mempunyai kebolehjangkitan yang 10 kali lebih tinggi.

"Sejak gelombang ketiga wabak Covid-19 bermula, makin ramai rakyat Malaysia yang perlu menjalani kuarantin kerana menjadi kontak rapat," ungkapnya.

Jadi ada yang rasa pelik, kenapa mereka tidak dijangkiti walaupun telah menjadi kontak rapat kepada kes positif Covid-19, Ini membuatkan ramai tertanya-tanya apakah faktor kepada berlakunya penularan, selain faktor kontak rapat?

"Jadi kandungan virus dalam badan dan faktor mutasi adalah antara dua faktor penting yang mempengaruhi kebolehjangkitan seseorang pesakit Covid-19," ujarnya.

Namun demikian, kaedah kawalan tetap menetapkan yang orang yang telah menjadi kontak rapat kepada mana-mana pesakit Covid-19 perlu dikuarantin selama 14 hari selepas tempoh terdedah bagi benar-benar memastikan mereka bebas dari jangkitan berkenaan.

Satu lagi kajian terkini bertajuk ‘Improving Covid-19 critical care mortality over time in England: A national cohort study, March to June 2020’ menunjukkan kadar kematian di England kini terbukti semakin berkurang jika dibandingkan dengan permulaan pandemik pada Mac 2020.

Para saintis ini percaya amalan pemakaian pelitup muka dan kaedah penjarakan sosial mempengaruhi jumlah virus yang mula-mula masuk ke dalam badan seseorang.

Apabila purata kandungan virus di dalam badan kebanyakan pesakit tidak tinggi, ini mempengaruhi keseluruhan kadar kematian Covid-19 di negara tersebut.