Umur baru 29 tahun sudah ada 7 orang anak, tak kesal kahwin awal

Iklan
Umur baru 29 tahun sudah ada 7 orang anak, tak kesal kahwin awal

PADA zaman sekarang, kahwin di usia muda tidak asing lagi dalam masyarakat kita.

Walhal perkara itu telah dipraktikkan pada zaman tuk nenek moyang kita.

Iklan
Iklan

Banyak kebaikan yang akan diperolehi sekiranya menamatkan zaman bujang di usia yang masih muda.

Iklan

Anna kini baru berusia 29 tahun, namun Alhamdulillah... telah memiliki tujuh orang cahaya mata, lima perempuan dan dua lelaki.

Iklan

Dia juga akui bahawa semakin bahagia dengan kehidupan kini yang sangat meriah serta turut memasang impian untuk memiliki 10 orang anak jika diizinkan Allah.

Kata ibu muda cantik itu yang juga telah menimang cahaya mata yang ke tujuh baru-baru ini, setiap anak ada rezekinya.

Anna turut berkongsi umur anak-anaknya; yang sulung berusia 12 tahun, 11, 9, 7, 4, 3 serta yang ketujuh baru memasuki 14 hari.

Artikel berkaitan: Usaha anak muda ini luar biasa, mampu jadi jutawan pada umur 16 tahun lagi

Perkongsian itu turut menjadi tarikan warganet yang rata-rata memuji kecantikan dan tetap gojes walaupun sudah ada anak ramai.

Sumber: Anna Mukhtar