[VIDEO] Detik awal perkenalan Lofa - PU Riz, peminat abadikan

Iklan
[VIDEO] Detik awal perkenalan Lofa - PU Riz, peminat abadikan

TIDAK dinafikan, sejak malam tadi, nama Neelofa menjadi trending setelah dirisik oleh keluarga PU Riz.

Selain sekitar gambar majlis merisik yang tular, turut menjadi bualan adalah sebuah video yang turut dikongsi di Instagram @lofa.page hari ini dan telah mendapat perhatian ramai apabila ditonton lebih 900 ribu tidak sampai 24 jam ia dimuat naik.

Iklan
Iklan

Video itu memaparkan serba sedikit perjalanan dan aksi spontan Neelofa dan PU Riz di awal perkenalan mereka sehinggalah hubungan mereka mula menjadi rapat tanpa sengaja.

Iklan

Neelofa turut repost video yang disunting beberapa bulan sebelum pengacara itu berniqab dengan berkapsyen 'This video made me cry, MasyaAllah...'

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan semoga urusan mereka berdua dipermudahkan.

Iklan

Artikel terdahulu: Bakal imam Neelofa, kenali siapa PU Riz

Artikel terdahulu: (5 GAMBAR) Dulang hantaran di majlis merisik Neelofa oleh keluarga PU Riz