[5 GAMBAR] Dulang hantaran di majlis merisik Neelofa oleh keluarga PU Riz

A
A
A

WALAUPUN bukan daripada pengakuan tuan punya badan sendiri, namun seakan sudah sah bahawa pengacara dan ahli perniagaan Neelofa telah dirisik oleh pelakon dan pendakwah, Hariz Ismail atau PU Riz.

Majlis merisik itu dikatakan berlangsung dalam satu majlis serba sederhana di kediaman keluarga selebriti itu semalam yang hanya dihadiri oleh kedua belah pihak.

Malah ada desas-desus yang mengatakan bahawa pasangan sama cantik sama padan ini akan diadakan pada bulan Mac tahun hadapan.

Artikel terdahulu: Bakal imam Neelofa, kenali siapa PU Riz

Hari ini tular beberapa keping gambar sekitar majlis merisik tersebut di Twitter.

Selain daripada gambar bersama keluarga, turut kelihatan beberapa dulang hantaran yang menguatkan dakwaan majlis merisik tersebut.

Turut dikongsikan adalah gambar ketika solat sedang diadakan yang mana kelihatan PU Riz menjadi imam.

Di sini SinarPlus kongsikan momen istimewa permulaan kepada lembaran baru kehidupan personaliti kesayangan ramai ini.

( 5 GAMBAR) Dulang hantaran di majlis merisik Neelofa oleh keluarga PU Riz Lofa dan adik-beradik bersama PU Riz.

( 5 GAMBAR) Dulang hantaran di majlis merisik Neelofa oleh keluarga PU Riz Gambar Lofa bersama keluarga dan rombongan daripada pihak lelaki.

( 5 GAMBAR) Dulang hantaran di majlis merisik Neelofa oleh keluarga PU RizLofa sekeluarga bersama PU Riz.

( 5 GAMBAR) Dulang hantaran di majlis merisik Neelofa oleh keluarga PU Riz Keihatan  juga PU Riz mengimamkan solat di kediaman Lofa semalam.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca