Alhamdulillah, Ardell berjaya kumpul dana buat rumah asnaf

Iklan
Alhamdulillah, Ardell berjaya kumpul dana buat rumah asnaf

"BISMILLAH... hari ini saya turun ke tempat pak cik ni dengan kontraktor, saya akan bincang untuk buat design yang cantik dan ikut bajet."

Begitulah perkongsian pelakon Ardell Aryana atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, 30, meluahkan rasa syukur apabila dia dan pengikutnya berjaya mengumpul dana untuk membina sebuah rumah baru untuk keluarga asnaf, baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Ardell berkata dia memperuntukkan sebanyak RM22,000 untuk membina rumah itu.

Meskipun jumlah itu tidak besar namun warga tua yang menerima bantuan itu menangis kerana terkejut dengan sumbangan berkenaan.

Iklan

Menerusi Instagram Stories miliknya, Ardell turut memuat naik gambar pondok usang yang diduduki oleh warga emas tersebut.

Ardell berkata rumah itu dijangka siap bulan ini juga.

Iklan

Baca juga "Beginilah agaknya rupa wajah terakhir saya….” – Farhan Asri rasa insaf

Sementara itu, Ardell turut menitipkan ucapan terima kasih buat pengikutnya yang sudi mengumpul dana bersama-sama dan semoga ia akan menjadi saham akhirat untuk semua.

"Terima kasih semua pengikut saya yang sudi bersama kumpul bina rumah batu untuk keluarga ini. Walaupun rumah kos rendah tapi InsyaAllah cukup selesa buat keluarga ini. Moga syurga buat kalian. Ini saham akhirat kita bersama.

"Selagi mana keluarga asnaf ini menggunakan untuk berteduh dan menggunakan dari setiap sudut rumah ini, InsyaAllah pahala buat kalian,” tulisnya.

Ardell Aryana yang sering terlibat dalam misi kemanusiaan juga merupakan isteri kepada pelakon, Nadzmi Adhwa dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Urwa.