BAGI penggemar makanan laut, anda boleh cuba resipi sotong goreng kunyit ini.
Nampak biasa-biasa sahaja menu ini, namun sotong goreng kunyit yang lembut boleh menggugat selera sesiapa sahaja.
Menu akan menjadi lebih istimewa jika dicampur dengan sayuran lain, namun jika tidak suka cukup memadai hanya sotong sahaja.
Menu begini jika digandingkan dengan nasi putih dijamin licin dan sekiranya ada sambal belacan itu dikira bonus untuk melengkapkan hidangan!
Jom kita lihat resipinya yang dikongsi oleh Nor Hasimah di laman Facebook miliknya.
Bahan-bahan:
- Sotong
- Serbuk kunyit
- Minyak
- Cili besar
- Bawang besar
- Garam secukup rasa
Boleh juga mencuba Cara mudah buat ‘loaded potato bowl’ ala KFC, ringkas dan sedap
Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan kuali tanpa minyak.
2. Masukkan sotong dan serbuk kunyit.
3. Kacau sebati sotong kering atau keluarkan sotong dan biarkan air sotong kering.
4. Setelah air sotong kering, masukkan minyak, bawang besar dan cili besar.
Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.
Sumber: Nor Hasimah