ANTARA menu yang digemari ramai di restoran makanan segera KFC adalah ‘loaded potato bowl’ ini.

Disebabkan menu ini bermusim, apa kata kita cuba membuatnya sendiri di rumah.

‘Loaded potato bowl’ ini mengandungi kentang putar, jagung, ayam goreng salut tepung dan sos ‘cheesy wedges’.

Jom kita cuba ikut resipi dikongsikan oleh Shahrul Bieha ini yang telah mendapat lebih 3 ribu shares dalam masa 24 jam di Facebook.

1. Bahan mash potato:

  • Kentang
  • Serbuk perasa
  • Serbuk Lada hitam
  • Butter
  • Susu full cream sikit (saya tak ada susu fullcream saya bantai je susu tepung anak)

Caranya:

  • Rebus kentang hingga lembut.
  • Lenyekkan, letak butter, tambah serbuk lada hitam dan perasakan.

2. Bahan chicken pop corn:

  • Isi ayam
  • Tepung bestari
  • Telur

Caranya:

  • Potong cube isi ayam.
  • Ikut arahan penyedian pada plastik tepung bestari.

3.Jagung

Iklan
  • Rebus jagung gaul gula sikit.

4. Bahan lain:

  • Serbuk keju yang dah dilarut air panas
  • Mayonis

Hiaslah ikut suka anda.

Saya buat letak satu senduk mash potato dalam bekas, lapis mayonis dan keju, lapis balik mash potato, mayonis, keju, chicken popcorn, jagung. Siap!

Korang boleh juga mencuba Cara buat nuget ayam ‘kalut’, sedap dan berkhasiat

Iklan

Makan panas-panas memang sedap! Selamat mencuba.

Sumber dan foto : Shahrul Bieha