Samping dari penjara, songkok dari Terengganu, beg dari bahan kitar semula; Menteri Kewangan, Tengku Zafrul dedah OOTD di Dewan Rakyat

Iklan
Samping dari penjara, songkok dari Terengganu, beg dari bahan kitar semula; Menteri Kewangan, Tengku Zafrul dedah OOTD di Dewan Rakyat

SELAIN intipati Belanjawan 2021 yang dibentangkan Jumaat lalu menjadi bualan, penampilan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz turut mencuri perhatian warganet.

Tajam betul pandangan mereka sehinggakan dari atas hingga ke bawah diperhatikan.

Iklan
Iklan

Selain jam tangan model G-Shock GA-2000s yang digayakan Tengku Zafrul tular di media sosial, ternyata baju melayu cekak musang rona 'powder blue' dan samping serta songkok beliau turut meraih pujian.

Katanya ketika ditemu bual di stesen TV malam tadi, beliau tidak menyangka busana baju Melayu yang digayakan menjadi perhatian.

Iklan

Menurutnya, pakaian tersebut dipakai ke Dewan Rakyat untuk hari yang bersejarah iaitu pembentangan pertama beliau sebagai Menteri Kewangan.

Iklan

Baca juga Penangguhan pinjaman bank : 5 perkara kita perlu tahu

Pada masa sama, Senator Dewan Negara itu memberitahu, songkok yang dipakai pula adalah hasil kreativiti seorang penerima bantuan Geran Khas Prihatin.

Selain itu, Tengku Zafrul turut dikatakan memecah tradisi apabila membawa beg kelabu berbanding beg bimbit hitam yang biasa dibawa menteri kewangan sebelum ini.

Namun, ada yang turut mengatakan misteri beg kelabu terbongkar apabila Tengku Zafrul sebenarnya hanya membawa tablet berbanding teks.