Penangguhan pinjaman bank : 5 perkara kita perlu tahu

Penangguhan pinjaman bank : 5 perkara kita perlu tahu
November 8, 2020
Oleh Meen

INISIATIF kerajaan memberi pilihan kepada golongan B40 untuk pembiayaan mereka dengan pihak bank pastinya sedikit sebanyak mampu meringankan beban mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Para peminjam daripada kategori B40 yang merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan bakal penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) serta perusahaan mikro mempunyai dua pilihan berkaitan bantuan pembayaran bersasar.


Memetik portal media tempatan, menurut Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), dua pilihan itu adalah menangguhkan ansuran bulanan selama tiga bulan atau mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50 peratus selama enam bulan.

“Mengenai kos perjanjian baharu, pendekatannya adalah berbeza antara bank. Kami menggalakkan pelanggan menghubungi bank mereka untuk maklumat lebih lanjut,” katanya.

Apa yang penting anda ketahui sebelum membuat permohonan adalah seperti berikut :

  • Bantuan yang disediakan adalah bagi pembiayaan kemudahan yang diluluskan sebelum 1 Okt, 2020 dan tidak tertunggak melebihi 90 hari pada tarikh permohonan bantuan dibuat.
  • Penambahbaikan bantuan pembayaran bersasar turut diberikan kepada pelanggan daripada kumpulan M40 yang berdaftar dalam pangkalan data Bantuan Prihatin Nasional (BPN).
  • Bagi golongan M40 pula, kalian hanya perlu membuat pengisytiharan kendiri mengenai pengurangan pendapatan mereka atau isi rumah mereka akibat pandemik Covid-19 untuk mendapatkan bantuan pengurangan ansuran bulanan.
  • Bagi pembiayaan berkadar tetap, pelanggan institusi perbankan Islam masih perlu menandatangani kontrak baharu menurut keperluan syariah.
  • Para pelanggan institusi perbankan Islam boleh menghubungi pihak bank masing-masing untuk membuat permohonan bantuan pembayaran bersasar bermula 23 Nov, 2020 sehingga 30 Jun, 2021.

Bank-bank ahli AIBIM bersedia dan memberi sepenuh keyakinan kepada para pelanggan bahawa bantuan adalah tersedia dengan proses yang mudah untuk para pelanggan yang terkesan.

Iklan

AIBIM juga menasihatkan orang ramai agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi memutuskan rangkaian Covid-19 selain memastikan semua komunikasi dan transaksi perbankan adalah dari dan melalui sumber yang sahih.

Semoga bermanfaat!

Iklan

Iklan

About Meen

Biodata Penulis