SIAPA sangka kejadian sembilan tahun lalu meninggalkan kesan komplikasi kulit buat seorang kanak-kanak lelaki ini.
Akibat disambar api letupan, Muhamad Iqram Hashim yang berusia 11 tahun, menetap di Felda Jengka 23, cacat anggota tubuh.
Insiden itu tidak hanya menyebabkan kesan melecur dan parut kekal, malah fizikalnya menjadi tidak normal seperti kanak-kanak sebaya yang lain.
Ibunya, Suraya Abdul Manan, 39, yang kematian suami April lalu berkata, anak sulung daripada dua beradik itu tidak dapat menyembunyikan rasa malu susulan keadaan fizikalnya itu.
Dia hanya mampu meletakkan ubat krim terhadap tubuh sekiranya Iqram mengadu gatal.
Mengimbau kembali kejadian menimpa anaknya, Suraya berkata, insiden berlaku ketika dia sedang membakar sampah di belakang rumahnya di Felda Kumai, Bera, pada 26 November 2011.
Baca juga Gambar bunga sakura, lokomotif wap angkat Safuan juarai pertandingan fotografi berprestij dunia
Menurutnya, anaknya itu perlu ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh setiap dua bulan sekali untuk menjalani pemeriksaan serta rawatan lanjut.
Orang ramai yang mahu membantu mangsa boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank bernombor 156141643641 atas nama Suraya Abdul Manan.
Tampil untuk membantu Iqram, pengacara dan penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya turut berkongsi kisah kanak-kanak itu di Twitter miliknya.
Rata-rata pengikutnya memberikan respons dan kata-kata positif buat Iqram serta mereka maklumkan tidak dapat menyalurkan bantuan kerana kemungkinan akaun bank ibunya itu telah mencapai limit.
Kata Fedtri, jika ada jiran-jiran di Felda Jengka bolehlah membantu ibu Iqram berurusan dengan bank kerana ada anak masih kecil dan juga berharap pembedahan berkenaan akan jadi realiti.
Justeru ibu bapa yang hendak membakar sampah perlu lebih berhati-hati.