Denda RM1,000 jika gagal imbas MySejahtera di stesen minyak

Iklan
Denda RM1,000 jika gagal imbas MySejahtera di stesen minyak

MYSEJAHTERA telah diperkenalkan kerajaan sejak negara dilanda pandemik Covid-19.

Umum telah mengetahui aplikasi itu bertujuan untuk orang ramai mendaftarkan diri sekali gus dapat mengesan sekiranya terdapat kontak rapat dengan individu yang disahkan positif

Iklan
Iklan

Covid-19.

Iklan

Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Terbaharu, Malay Mail melaporkan pihak polis akan mengeluarkan saman kepada individu yang gagal mengimbas MySejahtera sewaktu mengisi minyak di stesen minyak.

Iklan

"Hal ini dibuat sebagai langkah untuk mengesan sekiranya terdapat individu yang positif Covid-19 di kawasan berkenaan," katanya.

Baca juga Musim tengkujuh dijangka bermula esok, ini langkah persediaan perlu tahu

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai klip rakaman suara seorang lelaki yang mendakwa bapanya telah dikompaun sebanyak RM1,000 kerana gagal mendaftar aplikasi MySejahtera ketika mengisi minyak meskpun memakai pelitup muka.

[DIKEMASKINI] Bagaimanapun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor akan beri penjelasan lanjut mengenai isu tersebut dalam masa terdekat.

Perlu diingat! Sentiasalah amalkan SOP dan patuhilah peraturan yang telah ditetapkan kerajaan demi memutuskan rangkaian Covid-19 yang kian mengganas ini.

[DIKEMASKINI II] Ini penjelasan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkenaan isu itu.