Ini 7 SOP di stesen minyak, Ismail Sabri perjelaskan

Ini 7 SOP di stesen minyak, Ismail Sabri perjelaskan
November 10, 2020
Oleh Faezah Muda

SEJAK negara dilanda wabak Covid-19, kerajaan memperkenalkan MySejahtera iaitu satu sistem yang mengesan kehadiran seseorang ke sesuatu tempat.

Sebelum ini, SinarPlus ada membuat laporan memetik Malay Mail berkenaan pihak polis akan mengeluarkan saman kepada individu yang gagal mengimbas MySejahtera sewaktu mengisi minyak di stesen minyak.

Namun hari ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menjawab kekeliruan rakyat terhadap perkara itu dalam sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sebentar tadi.

Ismail Sabri mengumumkan tujuh SOP scan QR MySejahtera ketika isi minyak.

Katanya, mesyuarat hari ini bersetuju untuk memperincikan lagi SOP di premis stesen minyak seperti;

1. Jika individu membuat pembayaran atau transaksi dalam kedai, membeli barang atau membayar di dalam atau keluarkan duit, maka perlu scan QR MySejahtera atau isi buku manual. Ini penting jika berlaku apa-apa senang dikesan kontak rapat.

2. Jika individu di surau dan tandas stesen minyak, perlu scan QR MySejahtera atau isi buku manual.

3. Isi minyak di pam atau bayar pakai kad tak masuk ke kedai dan tiada kontak dengan sesiapa, tidak perlu scan.

4. Individu buat transaksi dan bayar melalui tingkap, tiada pertemuan antara cashier, tidak perlu scan.

5. Individu yang singgah di stesen minyak hanya untuk mengisi angin dan bersendirian, tidak perlu scan.

6. Individu hantar kenderaan repair di workshop di stesen minyak, maka perlu scan QR MySejahtera atau isi buku manual.

7. Individu menggunakan khidmat cuci kereta secara manual, perlu scan QR MySejahtera atau isi buku manual. Namun jika menggunakan auto carwash dan tidak membayar di dalam kedai tidak perlu scan.

Ismail Sabri turut berkata kerajaan memandang serius dengan penyebaran berita palsu.

Katanya, jika ragu-ragu dengan maklumat boleh layari wwww.sebenarnya.my.

Iklan

Artikel berkaitan: Denda RM1,000 jika gagal imbas MySejahtera di stesen minyak

Sebelum ini timbul kekeliruan terhadap perkara itu apabila menurut The Star, Petrol Dealers Association of Malaysia (PDAM) tampil memaklumkan para pengguna hanya perlu mengimbas
kod QR MySejahtera apabila ingin memasuki kedai, tandas, atau surau di stesen petrol sahaja. Bagi servis layan diri, pengguna tidak perlu lagi untuk scan di aplikasi MySejahtera.

Iklan

Menurut Presiden, Petrol Dealers Association of Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz, ketika proses pembayaran dibuat juga, pelanggan tidak perlu mengimbas kod
QR MySejahtera.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak menggunakan telefon bimbit ketika berada berdekatan pam minyak.

Lagi menambah kecelaruan rakyat apabila Penyelaras CPRC, Jamal Abdul Nasir memberitahu Malaysiakini bahawa adalah wajib untuk ‘check in’ dengan MySejahtera walaupun seseorang
tidak memasuki kedai serbaneka di stesen minyak.

“Semua pelanggan yang memasuki mana-mana premis termasuk pam petrol / stesen diminta untuk mengimbas kod MySejahtera QR, memeriksa suhu badan, dan memakai topeng,” katanya dalam balasan e-mel.

Terdahulu, media melaporkan seorang individu yang gagal mengimbas kod QR MySejahtera ketika mengisi minyak di stesen petrol telah dikenakan denda sebanyak RM1,000.