[VIDEO]Atlet gimnastik Farah Ann individu pertama miliki model Barbie edisi khas

Iklan
Atlet gimnastik Farah Ann individu pertama miliki model Barbie edisi khas

ATLET gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi kini memiliki patung model Barbie edisi khas yang dicipta oleh Amerika Mattel.

Patung Barbie edisi khas ini dikatakan bertujuan untuk memberi semangat kepada anak muda di luar sana mengejar impian mereka yang bertemakan 'You can be an attlete'.

Iklan
Iklan

Selain itu, patung Barbie edisi khas itu juga dibuat menyerupai ikonik Farah Ann dengan berambut hitam dan berbaju merah jambu, emas, dan putih, pakaian yang sama yang dipakai pada Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur dan Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast.

Barbie edisi khas diberi nama 'Shero' adalah patung pertama dan satu-satunya yang dicipta di Malaysia dan tidak terdapat di mana-mana premis.

Iklan

Baca juga Kenal ketika membeli peti sejuk, Linda sambut Deepavali dengan ‘ayah dan ibu baharu’ berbeza bangsa, agama

"Saya sangat berbesar hati kerana diiktiraf sebagai model Barbie untuk gadis-gadis muda yang bersukan.

Iklan

"Saya percaya bahawa kita semua mampu mencapai impian dan matlamat kita tidak kira apa pun.

"Anda hanya perlu ingat bahawa kepercayaan diri adalah senjata utama dalam mencapai apa-apa," katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Selain Farah Ann, atlet Malaysia yang lain turut dipilih menjadi model Barbie.

Antaranya adalah juara skuasy Nicol Ann David, penyelam Olimpik Leong Mun Yee, pemain boling Shahlin Zulkifli, dan pemain ski laju Anja Chong.

Amerika Mattel turut membuat video khas dengan Farah Ann, yang memaparkan rakaman ketika beliau berusia 9 tahun.