Kanak-kanak bawah 2 tahun tidak sesuai diberi ubat batuk, selesema yang dibeli di farmasi

Iklan

SUDAH banyak kes kanak-kanak yang berusia dua tahun ke bawah dikejarkan ke jabatan kecemasan hospital akibat pemberian ubat batuk dan selelsema terutama jika diberi dos berlebihan atau terlalu kerap.

Itulah perkongsian daripada Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang.

Iklan
Iklan

The Us Food and Drug Administration (FDA) merekomendasikan kanak-kanak di bawah umur dua tahun tidak boleh diberikan ubat batuk terutama ubat yang available over the counter (OTC).

Dari tahun 2008, syarikat pengeluar ubat dan penguatkuasa kesihatan telah bekerjasama untuk memaklumkan para doktor, ahli farmasi dan ibu bapa bahawa ubat batuk dan selesema tidak sesuai digunakan untuk kanak-kanak berumur kurang daripada dua tahun.

Iklan

Malangnya, kebanyakan ubat-ubat itu mudah didapati dari kedai atau farmasi tanpa memerlukan pengesahan dan kebenaran doktor.

Artikel berkaitan: Alat solek bukan untuk kanak-kanak, ini antara impak buruknya

Iklan

Berikut antara ubat batuk yang sering digunakan:

1. Cough expectorant (guafenesin)

2. Cough suppressant (dextromethorphan)

3. Decongestants(pseudoephedrine dan phenylephrine)

4. Antihistamine (chlorpheniramine)

"Anti histamine (1st generation) boleh merentasi ‘blood brain barrier’ dan mengganggu sistem histamine dalam otak.

"Bila ubat ini diberi pada kanak-kanak, ia akan menyebabkan orang yang mengambilnya mengantuk dan mengganggu pusat pernafasan yang berada di dalam otak,” jelas Dr Ahmad Samhan.

Keadaan itu boleh menyebabkan kanak-kanak itu berhenti bernafas dengan sendirinya dan inilah yang berlaku pada kanak-kanak tersebut.

Bukan itu sahaja, pemberian ubat itu juga akan menyebabkan risiko:

i) Sawan

ii) Jantung berdegup kencang

iii) Berhenti bernafas

iv) Kematian