PADA April lalu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan skim kemudahan pengeluaran i-Lestari yang membenarkan ahli membuat pengeluaran sebanyak RM500 sebulan selama tempoh 12 bulan dengan jumlah keseluruhan sehingga RM6,000.
Perkara itu telah memberi manfaat kepada 2 juta pencarumnya untuk kegunaan meneruskan kehidupan di musim pandemik Covid-19 ini.