BERITA gembira buat semua, tidak kira sama ada anda individu berpendapatan rendah atau sederhana dan perniagaan, hubungi bank jika perlu bantuan bayaran balik pinjaman bersasar.

Bantuan disediakan untuk semua yang terjejas* akibat pandemik Covid-19 dan bukan hanya sekadar golongan B40 dan perusahaan mikro. * Tertakluk pada terma dan syarat.

Setelah berakhirnya moratorium selama enam bulan, Bank Negara Malaysia sedar akan kesukaran yang terus dialami sebahagian peminjam akibat Covid-19.

Institusi perbankan akan terus membantu peminjam yang mungkin menghadapi cabaran dalam memenuhi obligasi kewangan mereka melalui program Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar (TRA).

Menerusi posting di laman Facebook Bank Negara Malaysia Central Bank of Malaysia (Official), terdapat pelbagai tanggapan salah mengenai bantuan itu.

Dengan itu, Bank Negara Malaysia (BNM) tampil menjelaskan kemusykilan tersebut. Antaranya;

1. “Tanpa moratorium menyeluruh, peminjam sukar mendapat bantuan”

Sebenarnya: Peralihan daripada moratorium automatik kepada bersasar tidak bermakna bantuan ditarik balik, sebaliknya, bantuan tetap diberikan kepada yang memerlukan. Kini peminjam ada pilihan penyelesaian kewangan yang sesuai dengan keperluan mereka.

2. “Bantuan bayaran balik pinjaman bersasar hanya untuk B40”

Sebenarnya: Bantuan terus disediakan kepada semua golongan peminjam yang terjejas* akibat pandemik seperti moratorium, kurangkan kadar ansuran dan lanjutan tempoh pinjaman dan tukar kepada kemudahan lain seperti kad kredit kepada pinjaman bertempoh. * Tertakluk pada terma dan syarat

3. “Bank minta terlalu banyak dokumen”

Sebenarnya: Terdapat beberapa golongan tidak perlu memberikan dokumen seperti B40, penerima BSH atau BPR, perusahaan mikro.

4. “Proses permohonan terlalu lama”

Sebenarnya: Tempoh proses permohonan bergantung pada situasi seperti penerima BSH dan perusahaan mikro dalam 24 jam sahaja manakala penerima BPN dalam masa lima hari dan PKS pula 14 hari.

Baca juga 10 perkara penting di mahkamah pada hari ke-15 pembunuhan Siti Nur Surya

5. “Saya tidak dapat memohon kerana PKPD dan PKPB”

Sebenarnya: Bank masih beroperasi seperti biasa, anda juga boleh memohon melalui beberapa saluran seperti telefon, e-mel atau dalam talian.

6. “Bantuan masih tidak cukup untuk menampung hutang”

Iklan

Sebenarnya: Anda boleh berbincang dengan bank untuk bantuan lain seperti moratorium, kurangkan kadar ansuran dan lanjutkan tempoh pinjaman dan tukar kepada kemudahan lain misalnya kad kredit kepada pinjaman bertempoh.

7. “Tiada kos tambahan untuk bantuan bayaran balik pinjaman bersasar”

Sebenarnya: Faedah akan terus dikenakan atas jumlah ansuran justeru pertimbangkan pilihan anda dengan teliti atau sambung ansuran pinjaman jika anda mampu.

8. “Rekod CCRIS saya akan terjejas”

Sebenarnya: Semua permohonan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar sebelum 30 Jun 2021 tidak akan dipaparkan dalam rekod CCRIS.

Iklan

Ingat! Hanya tiga langkah yang perlu anda lakukan iaitu hubungi bank anda dahulu, hubungi AKPK di 03-2616 7766 untuk mendapatkan nasihat atau pilihan bantuan bayaran balik alternatif dan hubungi BNMLELINK melalui talian 1-300-88-5465 atau bnm.my/RAsurvey untuk membuat
aduan.

BNM juga bekerjasama dengan industri perbankan untuk menambah baik pelaksanaan bantuan bayaran balik pinjaman bersasar itu.

Maklumat lanjut di www.bnm.gov.my/covid19/tra_bm.html

Boleh hubungi bank dan mohon. Jika ada sebarang masalah atau tidak dilayan sila isi borang dipautan ini http://bnm.my/tra

Jadi korang yang betul-betul memerlukan bantuan bayaran balik pinjaman bersasar ini, bolehlah membuat permohonan.