BUAT pencinta jagung, ini satu resipi enak yang patut korang cuba.
Biasanya jagung dibakar dan direbus namun kali ini SinarPlus kongsikan jagung rebus susu berkeju.
Biji jagung tidak perlu dikupil hanya dimasukkan bersama tongkol untuk direbus.
Iklan
Lebih nikmat dinikmati jika disejukkan dalam peti seketika.
Jagung berkeju ini sesuai juga dijadikan pencuci mulut di majlis rasmi dan sebagainya.
Iklan
Bahan-bahan :
- 4 tongkol jagung
- 1 tin susu cair (fresh milk Dutch Lady)
- 2 sudu besar susu pekat (kalau ingin manis boleh tambah)
- 2 sudu besar planta atau buttercup
- Garam
- Lada sulah
- 4 keping keju Cheddar
Cuba juga Resipi rahsia sambal ayam penyet yang senang dan rasa padu
Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan dalam periuk biar mendidih.
2. Letak daun pandan supaya wangi.
Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Sumber: Siti Nabilah Jamaluddin