[VIDEO]Pernah menderita kanser mulut, adik Ainul Mardhiah kini sudah laju berjalan

Iklan
Pernah menderita ‘Germ Cell Tumor’ , adik Ainul Mardhiah kini sudah laju berjalan

MASIH ingatkah korang kepada seorang bayi yang menghidapi ketumbuhan di mulut?

Sebelum ini, kisah bayi bernama Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin pernah menjadi perhatian seluruh rakyat negara apabila menderita kanser ‘Germ Cell Tumor’ di mulut.

Iklan
Iklan

Kini selepas 18 bulan pembedahan, adik Ainul Mardhiah semakin aktif seperti kanak-kanak lain dan sudah pandai berjalan!

Iklan

Alhamdulillah untuk perkembangan adik Ainul Mardhiah yang sangat positif.

Berita gembira tersebut disampaikan oleh ibunya, Nurul Erwani melalui sebuah perkongsian video di Instagram.

Iklan

Menerusi video itu, kelihatan adik Ainul Mardhiah berjalan-jalan di kawasan beranda rumahnya dengan kapsyen"Ainul sekarang dah pandai kemas rumah tolong mama sejak-sejak dah laju berjalan ni."

Baca juga Sayang ibu… Chef Wan tetap pakaikan ibunya baju harian rekaan designer

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan kesihatan adik Ainul Mardhiah dan memberi kata-kata semangat.

SinarPlus turut mendoakan semoga adik Ainul Mardhiah diberikan kesihatan yang terbaik, InsyaAllah!