Sayang ibu... Chef Wan tetap pakaikan ibunya baju harian rekaan designer

Sayang ibu... Chef Wan tetap pakaikan ibunya baju harian rekaan designer
Sayang ibu... Chef Wan tetap pakaikan ibunya baju harian rekaan designer
A
A
A

PENGORBANAN ibu buat kita memang tiada nilainya.

Sebagai anak, apa yang telah kita lakukan untuk menggembirakan ibu bapa kita?

Seperti seorang cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali dengan Chef Wan ini.

Menerusi perkongsian di Instagramnya, beliau menggunakan khidmat pereka fesyen terkenal untuk baju harian ibu tercinta.

Kongsinya;

"Alhamdulilah semua baju Kedah ibu untuk pakaian hariannya sudah pun disiapkan oleh pereka fesyen Calvin Thoo.

"Saya pergi ambil di kedainya di Jalan Imbi semalam. Emak kata sangat selesa pakai, jahitan dan kain pun sejuk sahaja Wan. Tengoklah siapa yang pilih emak, sambil saya usiknya.

"Dengan 15 batik sarung baharu untuk dipadankan, yang mana dah lusuh dan reput itu boleh disimpan asing buat masa ini.

"Dia sangat gembira menerima pakaian tersebut dan tak sabar nak tengok malam tadi tapi saya minta tunggu pagi lah," ceritanya yang memberitahu ibunya itu kemudian sudah mencuba pakaian tersebut senyap-senyap ketika dirinya tidur," tulisnya.

Baca juga [VIDEO] Selamatkan kucing, bukan ‘kakak bomba’ tapi abang

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji tindakan Chef Wan yang sanggup memberikan yang terbaik buat ibunya.

Alhamdulillah, sejuk perut yang mengandung kan!

Bagi yang masih mempunyai ibu bapa, sayangi dan berbaktilah kepada mereka sentiasa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca