SEJAK kebelakangan ini, pelakon Mira Filzah dan suaminya Wan Emir semakin menjadi perhatian warganet apabila aktif memuat naik pelbagai video di laman YouTube.
Laman YouTube milik mereka bernama #EmirAmirah itu kini telah meraih 146 ribu subscribers.
Ternyata ramai peminat Mira Filzah mengikuti perkembangannya dan suami dengan lebih banyak disamping terhibur dengan keletah mereka.
Baru-baru ini, untuk pertama kalinya Mira Filzah dan suami membuat satu video ‘whisper challenge’ yang mempunyai tetamu jemputan istimewa.
Tetamu itu merupakan adik bongsu Mira Filzah bersama pasangannya yang disapa dengan panggilan Boco dan Aina lalu membuatkan video di YouTube meraih lebih 200 ribu tontonan sehingga kini.
Menerusi video pada kali ini, warganet turut terhibur melihat pasangan adik Mira Filzah dan pelakon popular itu sendiri bersama suami masing- masing.
Baca juga Hans Isaac mohon maaf pada Eizlan Yusof