Pengambilan Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki) kini dibuka sehingga 30 November

Iklan
Pengambilan Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki) kini dibuka sehingga 30 November

BERITA baik buat korang yang berminat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini membuka pengambilan Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki).

Permohonan boleh dibuat di portal E-Pengambilan PDRM Polis Diraja Malaysia 2020.

Iklan
Iklan

E-Pengambilan PDRM merupakan portal rasmi web PDRM bagi pengambilan jawatan kosong polis kepada warganegara Malaysia.

Permohonan jawatan kosong Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki) dibuka bermula 16 November hingga 30 November 2020 sahaja.

Iklan

Jawatan yang ditawarkan;

KONSTABEL POLIS YT1

Iklan

  • Gaji : RM 1,220.00- RM 2,748.00
  • Minima Kelayakan : PMR/PT3
  • Lokasi: Seluruh Negeri
  • Tarikh Jawatan: 16 – 30 November 2020

Permohonan kini boleh dibuat secara online melalui portal rasmi PDRM di

https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my

Kelayakan ePengambilan Polis Konstabel Polis Gred YT1 PDRM;

  1. Mestilah warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 – 28 tahun pada tarikh permohonan.
  3. Lulus PT3/ PMR.
  4. Tinggi individu sekurang-kurangnya, Lelaki : 163 sm & Wanita : 157 sm tanpa berkasut
  5. Berat badan individu sekurang-kurang, Lelaki :50 kg & Wanita : 48 kg
  6. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 – 26
  7. Ukuran lilitan dada individu biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja)
  8. Lulus ujian penglihatan bagi kedua belah mata yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan
  9. Tidak buta warna dan tidak pekak
  10. Diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar kerajaan.

Cara mohon e-Pengambilan :

1. Permohonan melalui e-Pengambilan ini hendaklah dibuat secara online sahaja melalui laman web rasmi yang ditetapkan.

2. Sila login di website rasmi PDRM (KLIK SINI

3. Tekan butang Pendaftaran Baru (jika anda pengguna pertama kali) atau buat epangambilan PDRM login di laman rasmi tersebut.

4. Calon diminta mengisi maklumat diri dengan betul dan sila muat naik resume anda yang lengkap.

5. Permohonan yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga.

6. Tarikh Permohonan dibuka : 16 November 2020 hingga 30 November 2020 sahaja.

7. Untuk maklumat lanjut dan syarat-syarat keperluan untuk jawatan ini, sila klik di pautan https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/

Jom mohon sekarang dan jangan lupa kongsi jawatan kosong PDRM ini kepada saudara-mara dan kawan-kawan yang berminat dalam bidang ini.

Baca juga Kes serangan bersenjata api anggota PGA, ini yang perlu anda tahu