Kes serangan bersenjata api anggota PGA, ini yang perlu anda tahu

Kes serangan bersenjata api anggota PGA, ini yang perlu anda tahu
Kes serangan bersenjata api anggota PGA, ini yang perlu anda tahu
A
A
A

HARI ini negara digemparkan dengan kejadian serangan bersenjata melibatkan Pasukan Gerakan Am (PGA) yang sedang bertugas.

Kejadian yang berlaku awal pagi tadi turut meragut nyawa seorang anggota PGA .

Ini lapan perkara berkenaan kejadian itu;

1. Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Koperal Baharuddin Ramli, 54, yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand, Padang Besar, maut akibat ditembak, 3.10 pagi tadi.

2. Koperal Baharuddin sedang bertugas bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari, 39, yang mengalami kecederaan parah.

3. Mayat Koperal Baharuddin dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar dan Koperal Norihan yang cedera sedang dirawat di hospital sama dengan keadaannya dilaporkan kritikal.

4. Komander PGA Briged Utara, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji yang dihubungi, mengesahkan kejadian dan memaklumkan akan memberi maklumat lanjut selepas selepas siasatan.

5. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan kejadian berkenaan dan sedang dalam perjalanan ke Perlis untuk meninjau keadaan anggota PGA terbabit.

6. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, siasatan awal mendapati kejadian ini bermula apabila dua anggota PGA sedang melakukan tugasan risikan di kawasan kejadian diserang oleh dua kumpulan, disyaki terdiri daripada warga tempatan dan warga asing yang sedang menjalankan aktiviti jenayah penyeludupan di sempadan.

7. Enam daripada 13 individu disyaki terbabit dalam serangan bersenjata api itu sudah ditahan pihak berkuasa. Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, dua daripada lelaki terbabit ditahan oleh pasukan keselamatan Malaysia, manakala empat lagi ditahan pihak berkuasa Thailand.

Katanya juga, usaha memburu baki tujuh lagi anggota kumpulan penyerang itu sedang dijalankan oleh pihak berkuasa kedua-dua negara.

8. Ketua Polis Kedah Datuk Hasanuddin Hassan berkata, sejurus selepas menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), mendiang Koperal Baharudin Ramli, 54, akan dibawa untuk disemadikan di kampungnya di Bahau, Negeri Sembilan.

Katanya, kawalan sempadan Malaysia-Thailand termasuk laluan darat dan laut di negeri ini juga akan dipertingkatkan untuk mengelak daripada insiden seperti ini berulang.

Ia adalah kejadian kedua membabitkan tembakan di sempadan yang mana kejadian sebelum ini berlaku di sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam.

Baca juga Sesekali muncul dan berjaya dirakam penduduk, akhirnya Perhilitan sahkan ada buaya di Sungai Lalang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca