BAGI menghargai perkhidmatan kakitangan hospital, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini mengurniakan kereta kepada Pengarah Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan kakitangan Wad Diraja HSA.
Antara yang menerima kenderaan kurniaan baginda itu adalahPengarah HSA, Dr Mohtar Pungut @ Ahmad, Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma, Dr Ismail Jumali dan Pegawai
Perubatan Unit Kardiotorasik Anestesia, Dr Mohd Firdaus Shamsuddin, yang masing-masing menerima sebuah Proton X70.
Selain itu, Ketua Penyelia Jururawat, Sarinah Sukor dan Penyelia Jururawat, Fauziah Sulaiman masing-masing menerima sebuah Perodua Myvi.
Baca juga [VIDEO]Alahai comelnya 4 beradik tunggu adik kembar balik di muka pintu
Kenderaan-kenderaan tersebut diserahkan oleh Datuk Perdana Dalam, Kolonel (B) Datuk Mohamed Perang Musa selaku wakil Sultan Ibrahim.
Dr Mohtar berkata, pihaknya menjunjung kasih kurniaan keretayang dihadiahkan Sultan Johor.
Perkongsian berkenaan menjadi perhatian rakyat yang rata-rata mendoakan kebaikan buat Sultan Ibrahim yang sangat berjiwa rakyat.
Sebelum ini, baginda turut mengurniakan kereta Myvi kepada 10 Jururawat Wad Diraja HSA pada September lalu.
Tahniah semua!