Ini rupanya yang terjadi apabila telur sudah lama

Iklan

PASTINYA, ramai yang sudah tahu, telur yang terapung menandakan ia adalah telur yang sudah lama.

Namun demikian, tahukah anda kenapa telur yang sudah lama boleh terapung?

Iklan
Iklan

Oleh itu, berikut perkongsian daripada Pensyarah Kanan Kimia dan Penyelidik UiTM, ChM Dr Fatimah Salim ini.

Sebenarnya telur yang sudah lama akan mengalami perubahan komposisi disebabkan kehadiran pelbagai komponen kimia dalam telur seperti dihidrogen monoksida (air), lemak, protein, karbohidrat, mineral, enzim, vitamin dan pigmen.

Iklan

Artikel berkiatan: Bahayanya guna telur tamat tempoh… hati-hatilah kalau jumpa 4 tanda ini

"Dalam keadaan baru, telur bersifat alkali.

Iklan

Mengulas lanjut, gas-gas yang terhasil berkenaan akan meningkatkan tekanan dalam telur maka gas yang bersaiz kecil akan membebaskan diri keluar daripada telur melalui liang pori pada kulit telur.

Proses tersebut dipanggil efusi (effusion) iaitu pergerakkan molekul-molekul gas dari kawasan bertekanan tinggi (dalam telur) ke kawasan bertekanan rendah (luar telur aka udara) melalui lubang (pori kulit telur).

"Molekul-molekul gas yang bersaiz besar seperti hidrogen sulfida pula akan terperangkap di dalam.

Sebenarnya, telur terapung kerana ketumpatannya telah berkurangan disebabkan tindak balas kimia tadi.

Sebahagian daripada komponen kimianya yang sepatutnya memberikan berat kepada telur telah terbebas keluar daripada telur menjadi gas.

"Kesegaran telur dikira 45 hari daripada tarikh pembungkusan.

"Sebab itu telur ada tarikh luput namun sesetengah telur boleh jadi lebih cepat luputnya kerana dicemari oleh bakteria,” ujar Dr Fatimah.

Oleh itu, anda sudah tahu bahawa telur yang sudah lama terapung adalah disebabkan oleh ketumpatannya sudah berkurang hasil tindak balas kimia yang lebih bersifat alkali.

Foto: PIXABAY