[VIDEO]Haqiem Rusli sentiasa minta sejadah, patutlah berjaya

Iklan
[VIDEO]Haqiem Rusli sentiasa minta sejadah, patutlah berjaya

"SETIAP kali datang rumah memang tak pernah miss minta sejadah nak solat."

Begitulah perkongsian pengguna TikTok bernama Jay Jusin 1 apabila memuat naik sebuah video menunjukkan seorang lelaki sedang menunaikan solat.

Iklan
Iklan

Rupa-rupanya lelaki tersebut adalah rakan baiknya iaitu penyanyi, penulis lirik dan pelakon, Haqiem Rusli atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli.

Katanya juga, dia tersentuh hati melihat Haqiem yang sentiasa solat.

Iklan

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji dan mengakui salah satu punca kejayaan Haqiem adalah ketaatannya kepada Allah.

Iklan

Artikel berkaitan: ABP33, Haqiem Rusli Bintang Paling Popular

Haqiem yang baru-baru ini melakar sejarah manis apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular ke-33 (ABP) bulan lalu.

Bintang muda berusia 22 tahun juga merupakan seorang komposer itu meraih jumlah undian tertinggi sebanyak 22,332,676 sekali gus mengetepikan beberapa calon lain yang turut menjadi sebutan untuk kategori utama itu.

Kemenangan itu juga menyaksikan Haqiem membawa pulang hadiah utama berupa sebuah kereta Nissan Leaf beserta trofi.

Moga korang di luar sana turut istiqamah dalam mengamalkan perintah Allah.