BERITA gembira buat mereka yang tergolong dalam kategori 1 yang mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), korang kini boleh memohon pengeluaran akaun 1 tanpa sebarang dokumen sokongan.
Artikel berkaitan: Pencarum KWSP kategori 2 bagi ahli yang terjejas pemotongan 30% pendapatan
- Kriteria bagi kategori 1 adalah seperti berikut:
1. Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
2. Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020.
Namun ahli perlulah memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.
Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.
Baca juga Rayuan GKP2.0 dibuka, rebut peluang bagi yang belum pernah dapat
Bagi memastikan kelancaran proses permohonan, ahli digalakkan untuk mendaftar i-Akaun, mengemas kini nombor telefon bimbit untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) di kios atau kaunter KWSP, dan memastikan nombor akaun bank mereka adalah aktif.
- Jumlah kelayakan pegeluaran Akaun 1 (i-Sinar)
Ini tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut:
a. Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000.
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum
RM5,000.
b. Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10% atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1.
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.
Semalam, KWSP mengumumkan kriteria dan butiran kemudahan i-Sinar yang kini dibuka kepada sehingga 8 juta ahli yang layak.