Pencarum KWSP kategori 2 bagi ahli yang terjejas pemotongan 30% pendapatan

Pencarum KWSP kategori 2 bagi ahli yang terjejas pemotongan 30% pendapatan
December 3, 2020

BAGI mereka yang masih bekerja dan terjejas dengan pemotongan pendapatan, korang tergolong dalam kategori 2 layak memohon pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ia mengambil kira pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas termasuk pengurangan gaji dan elaun atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas Mac 2020.

Namun, pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

Iklan

KWSP memerlukan dokumen sokongan untuk melancarkan proses pengesahan iaitu;

1. Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan
2. Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa.

Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

Iklan

Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui  isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.

Artikel berkaitan: Pencarum KWSP kategori 1 layak dapat kelulusan automatik tapi perlu mohon online

Untuk memastikan permohonan dipertimbangkan dengan terperinci, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat.

Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

Bagi memastikan kelancaran proses permohonan, ahli digalakkan untuk mendaftar i-Akaun, mengemas kini nombor telefon bimbit untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) di kios atau kaunter KWSP, dan memastikan nombor akaun bank mereka adalah aktif.

  • Jumlah kelayakan pegeluaran Akaun 1 (i-Sinar)

Ini tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut:

a. Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

b. Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10% atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.

Semalam, KWSP mengumumkan kriteria dan butiran kemudahan i-Sinar yang kini dibuka kepada sehingga 8 juta ahli yang layak.