Muhammad dan Sophea nama bayi paling popular 2020

Iklan
Muhammad dan Sophea nama bayi paling popular 2020

TAHUN 2020 bakal melabuhkan tirai.

Dengan itu, pakar keibubapaan di BabyCentre telah berkongsi mengenai nama-nama paling popular yang menjadi pilihan hati ibu dan ayah pada tahun ini.

Iklan
Iklan

BabyCentre mendedahkan Muhammad mendahului yang lain dalam senarai 100 nama popular pilihan untuk bayi lelaki dan kekal untuk tahun kedua dalam carta itu diikuti oleh Noah dan Oliver.

Iklan

Sementara itu, nama yang paling popular untuk perempuan selama tiga tahun berturut-turut, Olivia telah tersingkir dan jatuh ke tempat kedua tahun ini.

Iklan

Portal itu turut menyenaraikan beberapa nama baru berjaya menjadi 100 teratas tahun ini termasuk Ayaan, Ronnie, Rowan, Austin, Jasper, Hudson, Milo, Albert dan Ellis untuk nama lelaki.

Manakala bagi perempuan, Lyla, Nora, Eliana, Margot, Zainab, Mabel, Aisha, Anaya, Madison, Talia, Delilah dan Niamh.

Dan sementara nama-nama baru semakin popular, ada satu nama yang sangat tidak disukai oleh ibu bapa - Karen.

Editor Pengurusan BabyCentre United Kingdom (UK), Sarah Redshaw berkata pandemik Covid-19 menjadi sebab mereka optimis dan cuba positif dengan memilih nama-nama seperti adiwira.

Selain itu, populariti personaliti media sosial di Instagram (IG) juga memberi idea kepada ibu bapa untuk menamakan bayi mereka.

Ini senarai 20 nama top lelaki dan perempuan tahun ini;

Lelaki

  1. Muhammad
  2. Noah
  3. Oliver
  4. Arthur
  5. Leo
  6. Freddie
  7. George
  8. Theo
  9. Charlie
  10. Jack
  11. Harry
  12. Oscar
  13. Ethan
  14. Archie
  15. Finley
  16. Alfie
  17. Joshua
  18. Jacob
  19. Thomas
  20. Isaac

Baca juga Pencarum KWSP kategori 2 bagi ahli yang terjejas pemotongan 30% pendapatan

Perempuan

  1. Sophia
  2. Olivia
  3. Amelia
  4. Lily
  5. Isla
  6. Ava
  7. Mia
  8. Aria
  9. Freya
  10. Isabella
  11. Ella
  12. Ivy
  13. Emily
  14. Grace
  15. Isabelle
  16. Rosie
  17. Poppy
  18. Evie
  19. Charlotte
  20. Hannah

Semoga bermanfaat! Mungkin boleh membantu dan memberi idea kepada ibu muda untuk pemilihan nama bayi korang.