Guru dari India kongsi hadiah kemenangan Guru Global, Cikgu Sam teruskan misi bantu anak Orang Asli

Iklan
Guru dari India kongsi hadiah kemenangan Guru Global, Cikgu Sam teruskan misi bantu anak Orang Asli

PERJALANAN guru Bahasa Inggeris, Samuel Isaiah dalam Anugerah Hadiah Guru Global 2020 cukup membanggakan.

Walaupun tidak bergelar pemenang namun guru berusia 33 tahun itu tetap meneruskan misinya untuk membawa perubahan kepada anak-anak Orang Asli Malaysia.

Iklan
Iklan

Majlis anugerah itu diadakan di Natural History Museum, Londonyang dihoskan oleh pelakon dan pelawak terkenal Stephen Fry.

Iklan

Menurut portal globalteacherprize.org, finalis dipilih daripada lebih 12,000 permohonan dan pencalonan dari 140 negara di seluruh dunia.

Iklan

Turut memeranjatkan semua pada malam itu apabila pemenang, Ranjitsinh Disale telah mengumumkan yang dia akan berkongsi separuh wang hadiah dengan rakan finalis Top 10 yang lain.

Baca juga Sebelum tunaikan solat Jumaat, Ustaz Ebit sempat hadiahkan 5 buah basikal lipat untuk rider Food Panda

Ini bermakna sembilan finalis yang lain akan turut menerima masing-masing lebih dari US $55,000 (kira-kira RM225,000).

Sekali gus ia mencatat sejarah dalam enam tahun Anugerah Hadiah Guru Global 2020 diadakan, ini kali pertama pemenang keseluruhan berkongsi wang hadiah dengan finalis lain.

Katanya, dia tidak merasa kalah. Kemenangan oleh Ranjitsinh adalah kemenangan untuk pendidikan, anak-anak dan semua guru yang telah berusaha keras untuk mengajar dan memberikan sumbangan yang luar biasa untuk profesion mereka.

Ini perkara yang perlu korang tahu berkaitan Cikgu Sam;

  1. Guru bahasa Inggeris.
  2. Lulusan Universiti Utara Malaysia dan Institut Latihan Perguruan (kampus Pulau Pinang).
  3. Mengajar murid Orang Asli di SK Runchang sejak 2012.
  4. Dinobatkan penerima anugerah Guru Adiwira 2019.
  5. Pada Mac, Samuel dinobatkan sebagai 50 finalis Top Global Teacher Prize 2020 dan berjaya menjadi 10 teratas pada bulan Oktober.
  6. Sedang mengikuti Master Sains dalam Dasar Pendidikan dan Kepemimpinan di State University of New York di Albany, New York.

Pemenang Anugerah Guru Global akan menerima pembayaran hadiah AS$1 juta secara beransur-ansur dalam tempoh 10 tahun.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut mengucapkan tahniah kepada Samuel kerana berada di kedudukan 10 teratas, dengan mengatakan

bahawa pencapaian dan komitmennya menjadi sumber inspirasi dan teladan kepada semua rakyat Malaysia.