SIMPATI dengan nasib golongan yang kurang bernasib baik, pendakwah dan sukarelawan terkenal, Ustaz Ebit Liew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Liew sering muncul di media sosial berbakti menghulurkan bantuan.

Hari ini beliau sekali lagi menjadi tumpuan warganet apabila menghadiahkan lima buah basikal lipat bagi kegunaan rider penghantar pesanan makanan yang dilihat terpaksa menjadi runner menghantar pesangan dengan berjalan kaki.

Perkongsian itu dibuat oleh beliau sendiri di laman Facebook miliknya yang dikenali sebagai Ebit Lew beberapa minit yang lalau.

Ustaz Ebit juga turut memuat naik beberapa keping gambar ketika beliau meyerahkan basikal tersebut dan menjelaskan mengapa dia berbuat demikian.

“Best tadi sebelum solat Jumaat, saja beli lima basikal boleh lipat hadiahkan pada lima orang adik foodpanda.

“Mereka hantar makanan jalan kaki. Purata seminggu pendapatan dalam RM100 hingga RM300 sahaja. Muka semua rajin dan baik-baik.

“Ada seorang kakak ibu tunggal. Naik LRT datang sini. Sedih dengar latar belakang keluarga masing-masing,” tulisnya

Menurut Ebit lagi, mereka tiada lesen dan tiada motorsikal mahupun basikal. Tak mampu beli lagi. Jadi hantar pesanan makanan kepada pelanggan hanya jalan kaki.

Sebelum tunaikan solat Jumaat, Ustaz Ebit sempat hadiahkan 5 buah basikal lipat untuk rider Food Panda

Iklan

Walaupun terpaksa bermandi peluh hari-hari, mereka terpaksa bekerja untuk menyara keluarga.

“Ada seorang lagi kakak dia dapat gaji bulanan RM450 dengan hantar pesanan makanan. Suami tukang urut dapat rm400 juga.

“Ada seorang adik ni tinggal dengan ibu sahaja. Ibu bapa berpisah. Selepas SPM tiada kerja. Nak tolong mak. Katanya paling ‘best’ bila dapat bagi RM500 pada mak. Baki sikit-sikit untuk makan sendiri. Aduh menangis dengar,” tulisnya lagi.

Tambah Ustaz Ebit lagi, dia menghadiahkan basikal lipat kerana senang dan mudah untuk dibawa menaiki LRT tambahan pula ia mempunyai sembilan gear, ringan dan mudah untuk dikayuh.

Iklan

Diharap mereka akan lebih gigih dan rajin bekerja supaya dapat meningkatkan lagi pendapatan untuk membantu keluarga masing-masing.

Tahniah dan syabas Ustaz Ebit!

Best tadi sebelum solat Jumaat, saja beli 5 basikal boleh lipat hadiahkan pada 5 orang adik foodpanda. Mereka hantar…

Posted by Ebit Lew on Thursday, 3 December 2020