Ikan rebus bersama cuka ini nampak simple, bertambah makan nasi tanpa sedar

Iklan
Ikan rebus bersama cuka ini nampak simple, bertambah makan nasi tanpa sedar

MENU ikan rebus bersama cuka ini sangat mudah dan menyihatkan.

Biasanya, menu ini menggunakan ikan sardin atau selayang yang segar namun boleh juga

Iklan
Iklan

dicuba untuk ikan lain.

Kesedapan rasa ikan rebus bersama cuka ini amat digemari ramai, lebih-lebih lagi bagi yang sudah jemu masakan bersantan dan berminyak.

Iklan

Namun yang sedang diet, awas ya! Sebab lauk ini membuatkan anda bertambah makan nasi

tanpa sedar! Bahaya sungguh.

Iklan

Ayuh lihat resipi yang dikongsi oleh Bahiah Saripuddin ini.

Bahan-bahannya;

  • Ikan selayang atau sardin
  • Asam keping (6-7 keping)
  • Gula (1 sudu besar)
  • Cuka makan (2 sudu makan)
  • Air secukupnya. Jangan letak banyak sangat sekadar tenggelam ikan.

Cuba juga Resipi ayam phat phet original Thailand tak pernah mengecewakan

Cara-cara membuatnya;

1. Campurkan semua bahan letak atas dapur terus masak.

2. Tunggu ia mendidih. Boleh dimakan begitu sahaja ataupun digoreng.

3. Jika mahu digoreng, toskan ikan rebus kemudian goreng bersama hirisan bawang.

Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.

Sumber: Bahiah Saripuddin