Resipi ayam phat phet original Thailand tak pernah mengecewakan

Resipi ayam phat phet original Thailand tak pernah mengecewakan
December 7, 2020
Oleh Faezah Muda

MASAKAN ayam phat phet merupakan hidangan yang berasal dari Thailand.

Ramai yang menggemari hidangan ini kerana kelazatannya pedas-pedas, masam dan manis.

Untuk tambahkan kepedasan, kisarkan cili padi lebih sedikit semasa menyediakan bahan-bahan tumisan.

Hidangan ayam phat phet ini berbeza dengan masakan ayam ungkep.

Ada yang mengatakan masakan asli Thai ini adalah lebih sedap daripada masak ungkep.

Korang boleh nilai sendiri nanti apabila dah mencubanya! Jom kita lihat resipi perkongsian Siti Hajar ini.

Menurutnya, ini adalah resipi masakan original Thailand oleh ibunya yang merupakan warganegara Thailand yang sudah menetap di negara kita hampir 40 tahun.

Bahan-bahan (dikisar):

Iklan
  • Kunyit hidup – 3 hiris
  • Bawang merah – 4 biji
  • Bawang putih – 4 biji
  • Serai – 2 batang
  • Daun limau purut – 4 helai ( dikisar )
  • Daun limau purut – 3 helai ( dipotong )
  • Lada kering – 1 biji
  • Cili api – 5 biji
  • Halia
  • Belacan
  • Asam keping – 1 ( masa tumis )

Bahan perap:

  • Ayam
  • Kunyit

Cuba juga Sup daging ala Siam ketagih, wajib cuba

Cara-cara membuatnya:

1. Perapkan ayam bersama kunyit. Perap seketika.

Iklan

2. Kemudian, goreng ayam sederhana masak. Angkat dan asingkan.

3. Panaskan minyak (minyak lebih lagi sedap) masukkan bahan-bahan kisar tadi, tumis sampai wangi.

4. Masukkan ayam yang digoreng separuh masak, kemudian masukkan daun limau purut tumis sampai daun layu dan sedia untuk dimakan.

5. Bagi anak-anak yang tak makan pedas boleh asingkan lauk yang dah masak. Kemudian baru letakkan cili api yang telah ditumbuk.

Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.