Khairul Aming raih pujian masakkan peminat mengidam air tangannya

Iklan
Khairul Aming raih pujian masakkan peminat mengidam air tangannya

ALHAMDULILLAH! Rezeki bayi.

SinarPlus percaya ramai yang kenal bintang masak-masak di laman sosial, Khairul Aming ini kan.

Iklan
Iklan

Manakan tidak, pengikutnya di Instagram sahaja pun dah mencecah 2.7 juta followers.

Beliau telah berkongsi pelbagai resipi ringkas. Yang istimewanya, menu-menunya ala bujang semestinya sangat menarik untuk dicuba.

Iklan

Namun, kali ini lain pula yang terjadi apabila Khairul Aming membuat satu video mengatakan dia memasak memenuhi hasrat isteri peminatnya yang sedang mengandung.

Iklan

Menu yang dimasakkan adalah daging harimau menangis, sotong dan ayam bakar.

Apa yang sangat sebak melihatnya, ibu mengandung itu menikmati hidangan tersebut sehingga menutup mata.

Betul cakap orang, hanya yang mengidam dan mengandung sahaja tahu perasaan itu.

Baca juga Tular foto ‘Auntie’ penghantar makanan, Ustaz Ebit tampil bantu

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan terima kasih atas perhatian yang diberikan kepada ibu mengandung.