REZEKI tidak pernah salah alamat jika seseorang itu berusaha!

Begitulah yang terjadi kepada seorang mak cik penghantar makanan ini.

Beberapa hari lalu, tular di laman sosial apabila sekeping foto yang memaparkan seorang wanita warga emas berpakaian syarikat penghantar makanan yang popular sedang duduk sambil meneliti telefonnya di sebuah restoran.

Foto yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter bernama Tiffany Chang itu mencuri perhatian ramai termasuklah pendakwah dan sukarelawan terkenal, Ustaz Ebit Liew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Liew ini.

Menerusi perkongsian usahawan terkenal itu di Facebook, beliau sempat menyantuni mak cik penghantar makanan, Christine Ti pagi tadi.

Ustaz Ebit memaklumkan berjumpa dengan Christine di sebuah perhentian bas.

Iklan

“Peramah auntie ini. Dengar kisah hidupnya dapat rasa kecekalan dan tabahnya beliau, kuat berusaha dan suka menolong orang.

“Tinggal berdua dengan adiknya. Mak baru meninggal dunia. Semenjak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hilang kerja.

“Menangis, sebelum ini kerja penulis majalah bahasa English. Pandai English. Hebat tulisannya. Mula kerja Food Panda guna kereta kancil lama,” tulisnya.

Baca juga [VIDEO] Gaya dah ala-ala pelumba, tapi tewas mudah juga dengan tenaga budak ketika mendaki

Tular foto 'Auntie' penghantar makanan, Ustaz Ebit tampil bantu

Iklan

Ustaz Ebit turut membantu membaiki kereta kancil Christine yang berusia 25 tahun selain memberikan sedikit duit belanja.

“Nanti nak tengok rumahnya dengarnya dah bocor dan ada kerosakan.

“Doakan auntie ini. Katanya best kerja begini. Anak muda semua baik-baik. Tiada politik kerja. Tengah ke sana sini. Tengok ada kerja RM4 masuk.

“Happy auntie ni. Lepas tu ada lagi kerja RM7. Jarang dapat RM7. Sedihnya rasa. Kuat dan rajin,” katanya.