KEJAM! Demi mengejar pengisian video yang kononnya 'menarik', remaja ini sanggup menganiayai seekor kucing.
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikToknya, remaja lelaki tersebut pada mulanya mengusap kucing itu.
Namun, kemudian dia bertindak melempar kucing berkenaan ke belakang sehingga terjatuh di kawasan paya.
Video itu menjadi perhatian ramai dan mengundang kemarahan warganet khususnya para pencinta haiwan.
Perbuatan tak berakal itu akhirnya mengundang padah apabila dia dilaporkan telah ditangkap polis.
Perkara itu turut dimaklumkan menerusi FB Info Roadblock JPJ/Polis.
Menurut seorang penduduk kampung, remaja lelaki itu telah ditahan pada 7 Disember lalu di rumahnya.
Difahamkan remaja tersebut tinggal di Kampung Aru Baru, Lawas, Sarawak.
Baca juga Khairul Aming raih pujian masakkan peminat mengidam air tangannya
Sementara itu, portal tempatan melaporkan, Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Superintendan Roslan Leman berkata, suspek berusia 19 itu telah ditahan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan/ Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.
Difahamkan juga Kampung Baru Aru terletak kira-kira 45 minit perjalanan untuk sampai ke Bandar Lawas dengan menaiki kereta.
Sayangilah haiwan sekeliling kita kerana mereka juga makhluk Tuhan.
Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis