ALHAMDULILLAH! Rezeki bayi.

SinarPlus percaya ramai yang kenal bintang masak-masak di laman sosial, Khairul Aming ini kan.

Manakan tidak, pengikutnya di Instagram sahaja pun dah mencecah 2.7 juta followers.

Beliau telah berkongsi pelbagai resipi ringkas. Yang istimewanya, menu-menunya ala bujang semestinya sangat menarik untuk dicuba.

Namun, kali ini lain pula yang terjadi apabila Khairul Aming membuat satu video mengatakan dia memasak memenuhi hasrat isteri peminatnya yang sedang mengandung.

“Surprise! Hari ni kita tunaikan hajat En Ashraf untuk penuhkan impian isterinya yang tengah mengandung and mengidam nak makan masakan minmin hihihi. Selamat menjamu selera!” tulisnya.

Menu yang dimasakkan adalah daging harimau menangis, sotong dan ayam bakar.

Iklan

Apa yang sangat sebak melihatnya, ibu mengandung itu menikmati hidangan tersebut sehingga menutup mata.

Betul cakap orang, hanya yang mengidam dan mengandung sahaja tahu perasaan itu.

Iklan

Baca juga Tular foto ‘Auntie’ penghantar makanan, Ustaz Ebit tampil bantu

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan terima kasih atas perhatian yang diberikan kepada ibu mengandung.

zanalovegreen – Untungnyaaa… Nasib baiklah saya tak mengidam macam ni sekarang dah 8 bulan pregnat. Selalu tengok je minmin masak.

nizahamdi – Alamakkk kenapa air mata saya keluar time dia cakap ‘sedapnyaaa’ tu.

annuurnadia – Priceless dia punya expression tu ibu-ibu yang pernah mengidam je faham perasaan tu macam mana.

nana_poppins – So happy to see the lady being so so happy! Well done @khairulaming! nuraini_athirah – Dia makan, saya yang telan air liur.

hadzelinyusof – Menangis tengok! Orang-orang mengandung je rase nikmatnyaaaa dan dihargai kalo dapat ape yang dia nak makan.