"CUKUPLAH tu. Mohon dan merayu demi Anas dan Aneesa."
Begitulah perkongsian bapa kepada seorang kanak-kanak yang pernah tular suatu ketika lalu, Muhammad Fattah Anas.
Katanya menerusi Instagram fattahanas_boyyeah, dia merayu dengan orang ramai demi
anaknya, Anas dan Aneesa.
Lebih mengejutkan bapa Anas yang bernama Mohamad Firdaus turut berkongsi foto jarum
beserta darah yang menunjukkan seolah-olah terkena buatan orang.
Baca juga Pernah dizalimi akibat sihir, boleh ke jika kita tak maafkan individu yang lakukan perbuatan itu?
Rata-rata warganet merasa terkejut kerana masih ada yang sanggup menggunakan jalan
seperti itu di zaman teknologi sekarang ini.
Ramai juga yang memberikan kata-kata semangat buat mereka sekeluarga dan sentiasa
berdoa pada yang Esa.
Sebelum ini, Anas pernah dikenali ramai apabila tularnya satu video dia duduk di dalam
sangkar kucing.