BAYANGKAN sesuatu barang itu terpaksa dihentikan penjualannya gara-gara permintaan yang
terlampau tinggi.
Begitulah yang terjadi kepada syarikat Nestlé yang terpaksa menghentikan penjualan minuman
coklat malt, Milo di Jepun.
Julai lalu, seorang pengguna Twitter Jepun telah membuat ciapan tentang minuman Milo dengan
mengatakan ia sebagai minuman sihat yang baik untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
Posting itu telah menyebabkan puluhan ribu pengguna laman sosial dalam talian itu berminat
dengan minuman tersebut dan mencarinya.
Posting itu juga telah mendapat lebih dari 92,000 tanda suka dan lebih dari 32,000 ulang kicau
sehingga kini, sementara dalam tweet susulan, dia juga menyatakan,"Kandungan besi tinggi Milo
dan kesesuaiannya untuk individu yang mengalami anemia, serta rasanya yang enak."
Baca juga Langkah mudah mematikan bunyi notifikasi aplikasi Shopee
Posting seperti itu telah menimbulkan rasa ingin tahu di kalangan masyarakat Jepun, sehingga
meningkatkan permintaan di luar jangkaan.
Menurut Nestlé, permintaan untuk Milo di Jepun adalah tujuh kali lebih tinggi daripada
permintaannya dalam tempoh yang sama pada tahun 2019.
Ini menjadikan syarikat itu dalam keadaan yang sukar, dengan bekalan bahan Milo yang biasa
mereka datang dari Singapura terbukti tidak mencukupi.
Oleh itu, syarikat itu mengumumkan bahawa penjualan varian Milo Original 240g, 700g, dan five-
stick Milo Original akan dihentikan hingga awal bulan Mac 2021 kerana mereka berusaha untuk
menambahkan bekalan bagi membolehkan syarikat memenuhi permintaan yang meningkat.
Sesungguhnya Milo adalah minuman sarapan yang popular di kalangan berjuta-juta penduduk Asia Tenggara.
Mudah-mudahan orang Jepun dapat bersabar sementara mereka menunggu stok Milo tiba di sana pada tahun 2021.