Langkah mudah mematikan bunyi notifikasi aplikasi Shopee

Langkah mudah mematikan bunyi notifikasi aplikasi Shopee
Langkah mudah mematikan bunyi notifikasi aplikasi Shopee
A
A
A

SEPERTI ramai sedia maklum, Shopee merupakan antara salah satu perkhidmatan e-dagang yang popular di Malaysia dan menjadi pilihan ramai.

Aplikasi yang dilihat mesra pengguna itu kini semakin digemari ramai tambahan pula pengguna mudah untuk membuat pilihan terhadap barangan yang ingin dibeli serta mudah untuk membuat perbandingan harga.

Hari demi hari aplikasi tersebut juga sentiasa dikemas kini dan turut menawarkan aplikasi mudah-alih untuk pengguna Android dan iPhone bersama sejumlah ciri-ciri tambahan melaluinya seperti Shopee Story.

Namun, dek kerana ciri-ciri tambahan tersebut, salah satu perkara yang mungkin tidak disukai ramai pengguna adalah peringatan notifikasi yang sering hadir melalui aplikasi berkenaan bersama bunyi yang telah ditetapkan.

Walaupun ia mungkin dianggap kelebihan dan memudahkan pengguna mendapat notifikasi, namun ia juga sedikit menganggu dan kurang digemari ramai.

Jadi, adakah kita boleh untuk mematikan gangguan bunyi tersebut terus melalui aplikasi berkenaan?

Ya! Boleh. Caranya cukup mudah. Ikuti langkah mudah seperti :

Android

  • Pergi ke halaman Profil dan click butang tetapaan.
  • Seterusnya pilih Tetapan Notifikasi
  • Pilih Notifikasi Push dan matikan pilihan Bunyi Notifikasi.

iPhone

  • Untuk pengguna iPhone, pergi ke halaman Me.
  • Kemudian pilih setting.
  • Click Push Notifications dan matikan ciri notifikasi berkenaan.

Untuk pengguna Android juga, korang juga boleh memilih bunyi yang berbeza seperti bunyi yang ditawarkan termasuk juga dengan bunyi ‘ayam’!

Dengan langkah ini, korang kini tidak lagi akan melihat notifikasi daripada Shopee dan secara tidak langsung akan mengurangkan perbelanjaan.

Mana tidaknya jika notifikasi dihidupkan, kita pasti tidak terlepas dengan pelbagai iklan dan tawaran menarik yang sudah pasti mampu membuat nafsu membeli kita membuak-buak. Betul tak?

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca